Pages

Monday, June 21, 2010

I.m.p.i.a.n

Salam to everyone,hmmmm...dah lama saya tidak menulis di blog ini, bukan apa sedikit sibuk dengan kehidupan sekarang..Untuk post kali ini saya memilih untuk menulis tentang IMPIAN..Impian..semua orang di dunia ini mempunyai impian yang ingin dipenuhi bukan?? Begitu juga dengan diri saya..saya mempunyai banyak impian yang ingin saya capai dalam hidup ini..saya bukanlah insan yang dibesarkan dengan kemewahan duit atau kebendaan, tetapi saya dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibu bapa saya, syukur ke Hadrat Ilahi kerana memberikan saya kehidupan yang indah disamping keluarga tercinta.
Ok berbalik kepada post kali ini, antara impian saya yang tercapai ialah menjejakkan kaki ke Universiti..ya, saya berjaya ke Universiti Putra Malaysia, disini saya belajar mengenali kehidupan secara dekat, bukan mudah untuk terus berjuang di Universiti, banyak usaha yang perlu dilakukan, banyak pengorbanan yang harus dibuat..dan akhirnya saya gembira kerana berjaya mengharungi semua itu..di sini juga saya mengenal erti persahabatan..saya amat bersyukur kerana ditemukan dengan sahabat yang baik, setia dan yang sentiasa mendorong saya untuk memajukan diri..Terima kasih kepada sahanbat-sahabatku..terima kasih kerana sentiasa bersama ku samada waktu susah mahupun senang..terima kasih..
Semasa berada ditahun akhir, saya mula berfikir tentang kehidupan selepas belajar, apakah saya akan mendapat pekerjaan, bukan mudah untuk mendapat pekerjaan di waktu negara sedang mengalami kegawatan ekonomi..saya amat takut memikirkan hal ini.. hampir sebulan juga saya duduk dirumah menanam anggur..pelbagai usaha saya lakukan untuk mendapatkan pekerjaan..akhirnya, rezeki itu terbuka untuk saya, saya mendapat pekerjaan, walaupun kontrak saya amat bersyukur kerana saya tidak membebankan mak dan ayah saya lagi, saya dapat membantu mereka mengurangkan beban yang ditanggung..dan syukur saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana saya mendapat kerja sebelum saya bergraduat..Alhamdulillah..Thanks to Allah S.W.T..dengan gaji yang saya tak pernah fikirkan, malah xpernah angankan pun..tapi itulah rezeki..rezeki yang dibukakan untuk saya..Tak henti-henti saya panjatkan kesyukuran kepada-NYA..Akhirnya Impian saya untuk menggembirakan hati mak ayah saya berjaya..Inilah IMPIAN saya sejak dari kecil iaitu..Membahagiakan Mak dan Juga Ayah saya.. Sesungguhya jasa mereka tidak dapat saya balas walau dengan berjuta duit pun..saya sayang mereka berdua..
Semua orang mempunyai impian, tetapi semua impian tidak akan tercapai jika kita tidak berusaha..berusahalah untuk mendapatkan sesuatu yang anda inginkan..berdoa dan bertawak lah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.. Hidup ini memerlukan impian kerana dengan impian yang ada kita akan berusaha untuk memenuhi impian tersebut..Letakkan Impian Setinggi langit tetapi rendahkan hatimu serta egomu serendah lautan yang luas...walau tinggi mana kita berjaya janganlah kita menyombong diri...

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 SEKEPING HATI. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase